- Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti produk rosak melebihi 70% sebelum dijual.
- Semua urus niaga di Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan luar dari Malaysia adalah USDollar.
- Jika membeli secara online, pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.
- Sila sertakan bukti pembelian samada upload melalui borang atau upload melalui whatsapp jika membeli secara online. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24jam.
- Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat.
- Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.
- Kami memerlukan 1 hingga 3 hari waktu bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 3 hingga 5 hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama. Walaubagaimana pun kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah dibuat.
- Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat
pembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kami
samada:
- Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru
- Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai Stokis Negeri atau Ejen, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan.
- Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.
- Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula kepada anda sama ada dalam sampul pos atau transfer ke akaun secara online dan akan dimaklumkan.
- Bagi Cash On Delivery (COD), temujanji hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa penghantaran untuk mengelakkan sebarang permasalahan.
Serum rambut dirumus ekslusif untuk wanita berhijab. Diformulasikan dengan ramuan berunsur HALAL yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk hebat keluaran bumiputra muslim. Serum Rambut Ajaib yang dapat merungkai masalah rambut dan masalah kulit kepala.
Terma Dan Syarat
Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan
memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang
pesanan atau pembelian produk CoolHijab kami.